Bukan Isu Pengundi Hantu, Tapi Kesilapan Teknikal Jawatankuasa Gagal Daftar Perwakilan – UMNO Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR – Umno Kedah menafikan terdapat ‘pengundi hantu’ pada pemilihan sayap Wanita Bahagian Kuala Kedah kelmarin, sehingga menyebabkan proses itu terpaksa dibuat semula Rabu ini.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri, Datuk Ariffin Man berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal ketika pendaftaran perwakilan dibuat dengan tambahan 49 kertas undi yang dikira ketika proses penjumlahan.

“Sebenarnya terdapat kesilapan teknikal pada pihak jawatankuasa penganjur apabila mereka gagal mendaftarkan perwakilan dengan betul ketika ketibaan mereka untuk mengundi.

“Ini menyebabkan beberapa perwakilan yang mempunyai surat pentauliahan tidak didaftarkan sebagai pengundi sehingga menimbulkan kekeliruan ketika proses penjumlahan undi dibuat.

“Jadi tidak timbul isu pengundi hantu ketika pengundian, ia hanya andaian kerana undian tambahan berbanding jumlah perwakilan yang didaftarkan secara rasmi oleh jawatankuasa penganjur,” katanya kepada ketika dihubungi, hari ini .

Ariffin berkata, berikutan itu pihaknya memutuskan pemilihan bagi sayap Wanita Kuala Kedah diadakan semula di Ibu Pejabat Umno Kedah, Rabu ini, dengan proses itu akan diurus Jawatankuasa Pemilihan Badan Perhubungan Umno.

“Kita putuskan pemilihan berkenaan akan dibuat semula Rabu ini, dan semua urusan pengundian akan dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan selain dipantau pihak Ibu Pejabat Umno.

“Perwakilan Wanita boleh datang pada bila-bila masa bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang untuk membuang undi,” katanya.

Sabtu lalu, pemilihan Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah menyaksikan pertembungan antara bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan penyandangnya, Noor Hasita Mat Isa.

Bagaimanapun, keputusan pemilihan itu terpaksa ditangguhkan berikutan percanggahan jumlah kertas undi dalam pengiraan sehingga ia disyaki membabitkan kehadiran pengundi hantu.

Kontroversi itu timbul apabila jawatankuasa pemilihan bahagian itu mendapati terdapat 570 kertas undi selepas proses pengundian berbanding jumlah 521 perwakilan yang menghadiri mesyuarat sayap itu.

Terdapat 750 perwakilan Wanita yang layak mengundi daripada 150 cawangan Umno Bahagian Kuala Kedah dengan 521 perwakilan hadir untuk pemilihan yang diadakan di Dewan Ukir Mall. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat