Untuk Kekal Relevan UMNO Perlu Kaedah Baharu – Ahli MKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: UMNO memerlukan kaedah baharu bagi memastikan parti itu terus relevan dan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat serta dapat meneruskan kesinambungan perjuangan dan menentukan halatuju perjuangan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, UMNO perlu lebih berani membuat perubahan dengan mencari pelbagi kaedah baru untuk mendekati golongan baru menerusi media sosial.

“Kita perlu mendekati golongan baru dalam dunia media sosial yang begitu hebat ini, jadi sebab itu lah pesanan saya bahawa kita tidak perlu lagi method, kita kena fikirkan kaedah baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Agung UMNO di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO juga perlu mengenali kelemahan parti untuk diatasi selain bermuhasabah diri mengenali kelemahan supaya terus ke depan dengan menggunakan kaedah baru.

“We have to move on’ dan kita nak pastikan bahawa kita mesti berpijak di bumi yang nyata, tentang realiti baru yang sedang melanda pengundi kita,” katanya.

PAHANGMEDIA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat