BNM Lantik Semula Nor Zahidi Sebagai Ahli Luar MPC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, bank pusat itu berkata, Nor Zahidi merupakan ahli luar bagi MPC sejak 1 Januari 2021.

Beliau ialah mantan Ketua Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC). Sebelum bertugas di MARC, beliau merupakan Ketua Penyelidik dan Ketua Ekonomi di Alliance Merchant Bank serta Ketua Penyelidik di MCIS Zurich Insurance.

Pada peringkat awal kerjaya, beliau berkhidmat di The New Straits Times Press (M) Berhad sebagai Penganalisis Kanan sebelum menyertai Kuala Lumpur City Securities sebagai Ahli Ekonomi.

Nor Zahidi merupakan pemegang ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Ekonomi serta Sarjana Muda Ekonomi dari Boston University.

Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009, MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari dan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari. Akta Bank Negara Malaysia 2009 juga menetapkan proses pelantikan ahli ke MPC. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat