Anwar Ibarat Bahtera Hampir Karam Mengidam Jawatan PM

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat,...

PETALING JAYA – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menuduh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai lebih asyik dengan jawatan perdana menteri daripada memberi tumpuan kepada wabak Covid-19 yang semakin memburuk.

Beliau terkilan kerana jawatan perdana menteri terus dijadikan polemik meskipun terbukti pembangkang berpecah belah dan tidak mempunyai sokongan yang diperlukan.

“Pada waktu yang gawat ini, mereka masih berbahas siapa yang layak menjadi perdana menteri, walaupun dalam keadaan mereka berpecah belah tidak mampu mengumpulkan jumlah yang mencukupi,” kata Hadi.

Hadi yang menjadi sekutu utama perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam kerajaan Perikatan Nasional, berkata Anwar sepatutnya peka terhadap peri laku dan cita-citanya menjadi perdana menteri.

“Ada juga yang tenggelam bahteranya tetapi masih berpaut. Sebahagian lain pula, tanpa sedar, sudah hampir tenggelam bahtera mereka, sehingga ada yang menghantar nama kepada Agong dengan tandatangan tanpa angka,” kata Hadi.

“(Ini) laksana menyerahkan cek kosong supaya Tuanku meletakkan berapa jumlahnya (Ahli Parlimen),” katanya dalam kenyataan.

Hadi tidak menamakan Anwar namun ketua pembangkang itu satu-satunya pemimpin pada Oktober lalu, yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk dilantik menjadi perdana menteri, menggantikan Muhyiddin Yassin.

Namun, apabila diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada tahun lalu, Anwar gagal mengemukakan senarai nama dan pengakuan berkanun Ahli Parlimen berkenaan.

Semalam, Anwar sekali lagi mendesak Muhyiddin meletak jawatan dan menyelar beliau kerana mengusulkan darurat untuk membendung wabak Covid-19.

Hadi mempertahankan tindakan Muhyiddin itu, dan membidas saf pemimpin pembangkang kerana lebih cenderung mengenai persoalan kepimpinan negara, bukannya Covid-19.

“Ada yang masih berpolitik sepanjang masa dengan pelbagai alasan politik yang tidak matang dan sejahtera, kata Hadi.

Hadi menegaskan proklamasi darurat itu wajib dilaksanakan untuk melandaikan lengkung jangkitan Covid-19.

Justeru, beliau berkata semua pihak di negara ini harus berhenti meneladani Presiden AS, Donald Trump, yang mengutamakan politik dan bukan nasib rakyat negara itu.

“Malangnya, mereka (kalangan pemimpin tempatan) lebih menghayati ‘sunnah’ Trump yang bermain politik tanpa mempedulikan wabak yang sedang melanda negara berkenaan dengan marak,”katanya.

Tegas Hadi, isu keselamatan rakyat wajar diutamakan, dan pengisytiharan darurat oleh Agong semalam harus mendorong semua pihak untuk bersatu hati dalam memerangi Covid-19.

Beliau juga menafikan tuduhan pembangkang bahawa darurat mengekang hak dan mata pencarian rakyat.

“Tempoh darurat sudah ditentukan, tempoh masa dan sempadan yang sangat terhad sehingga penyelesaian wabak dapat dicapai. Darurat tidak menghalang pergerakan rakyat untuk menjalani kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

“Seterusnya dicadangkan urusan pentadbiran berjalan dengan persediaan menubuhkan anggota yang memantau melalui penglibatan semua pihak tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan politik.

Hadi menyifatkan darurat yang diisytiharkan sebagai kawalan yang “wajib ditunaikan oleh kerajaan berdaulat untuk sementara waktu, bukan selama-lamanya”. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh...

PKP Di Kelantan dan Tiga Daerah Di Sarawak Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR - Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Jan, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu,...

Hospital Swasta Setuju Kerjasama Dengan KMM Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan pemegang lesen hospital swasta secara dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KMM) untuk merawat pesakit...