Pulau Batu Puteh: Kenapa mereka bertiga tak bangkang sewaktu saya ‘maklum’? – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tampil mempertahankan tindakannya bahawa tiada anggota Kabinet yang membantah keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh.

Ini termasuk bekas tiga Menteri ketika itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dalam kenyataan media Dr Mahathir yang dikongsikan peguamnya Rafique Rashid, bekas Perdana Menteri itu berkata, seingat beliau dalam mesyuarat Kabinet tersebut pada 23 Mei 2018, diminitkan bahawa kesemua anggota termasuk yang bertiga itu, mereka semua bersetuju dengan pandangan/makluman sewaktu beliau memperincikan pandangan terhadap isu itu.

“Terima kasih di atas pencerahan yang diberi oleh beberapa menteri yang menjadi anggota Kabinet semasa saya menjadi Perdana Menteri kali kedua.

“Cuma yang saya agak hairan ialah alasan yang diberi bahawa mereka tidak memberi pendapat atau pandangan mengenai isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana saya cuma ‘maklum’ semasa mesyuarat Kabinet.

“Apakah mereka perlu saya beritahu bahawa mereka perlu beri pendapat atau pandangan baharu mereka akan berbuat demikian.

“Keduanya, jika pandangan saya terhadap isu tersebut salah atau tidak mereka persetujui mereka tidak akan bangkang atau beri pendapat kerana saya hanya maklum? soal beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Jadinya Dr Mahathir mempertikai, maklum itu adalah halangan kepada sebarang perdebatan, pemberian pendapat mahupun menyatakan persetujuan atau sebaliknya?

Ujarnya, tidakkah mereka tahu bahawa sebarang apa perkara yang dibangkit, dimaklum dan ditimbul adalah memerlukan setiap anggota Kabinet untuk memberi perhatian dan jika ada pandangan yang perlu mereka utarakan seharusnya mereka lakukan semasa mesyuarat tersebut.

“Jika mereka memilih berdiam diri atau tidak menyatakan rasa tidak bersetuju maka ianya diterima sebagai mereka bersetuju dengan apa yang dimaklum atau dibentang.

“Mereka mahu saya bertanggungjawab berkait isu tersebut. Tidak timbul sama ada saya menerima tanggungjawab ke atas isu tersebut kerana sebagai Ketua Kerajaan ketika itu.

“Persoalannya adakah mereka mahu memikul tanggungjawab sebagai satu collective responsibility apabila menganggotai Kabinet? Jika tidak maka mereka telah tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka semata-mata kerana mereka tidak mahu beri pendapat kepada apa yang dimaklumkan kepada mereka di dalam mesyuarat Kabinet.

“Amat menghairankan apabila selama ini semenjak 2018 mereka semua tidak berkata apa-apa, tetapi sebaik sahaja saya maklum perkara sebenar, kesemua mereka mengelak dan mengalih daripada ambil tanggungjawab,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat