Israel buat pengunduran pertama dari Lubnan- AS

- Advertisement -

 

WASHINGTON – Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) semalam mengesahkan pasukan Israel melakukan pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan dan digantikan oleh tentera Lubnan di bawah perjanjian gencatan senjata.

AFP melaporkan, menurut CENTCOM, Ketua Komando, Jeneral Erik Kurilla, berada di ibu pejabat pelaksanaan dan pemantauan hari ini semasa pengunduran pertama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan digantikan oleh Angkatan Bersenjata Lubnan di Al-Khiam, Lubnan, sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Kurilla berkata, ia adalah langkah pertama yang penting dalam pelaksanaan pemberhentian permusuhan berpanjangan dan meletakkan asas untuk kemajuan seterusnya.

Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati berkata, penempatan tentera di kawasan Khiam dan Marjayoun hari ini merupakan langkah asas untuk memperkukuh penempatan tentera di selatan, sejajar dengan keputusan gencatan senjata.

“Kami menghargai usaha tentera ke arah mewujudkan kestabilan di selatan,” kata Mikati dalam satu hantaran di platform X.

Tentera Israel pula berkata Briged Ketujuh sudah menyelesaikan misi mereka di Khiam di selatan Lubnan.

“Selaras dengan persefahaman gencatan senjata dan dengan koordinasi Amerika Syarikat (AS), tentera Angkatan Bersenjata Lubnan sedang dikerahkan di kawasan itu bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), misi pengaman PBB di kawasan itu,” menurut kenyataan Israel.

Pentagon kemudian berkata, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin sudah berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Israel, Israel Katz mengenai perkara itu.

Austin memberitahu Katz bahawa AS sedang bekerjasama dengan rakan sekutunya untuk menyokong gencatan senjata itu.

Austin menekankan bahawa gencatan senjata berpotensi mewujudkan keadaan untuk memulihkan ketenangan yang berkekalan dan membolehkan penduduk di kedua-dua sisi sempadan Israel-Lubnan kembali ke kediaman masing-masing dengan selamat.

Israel meningkatkan kempen ketenteraannya di selatan Lubnan sejak akhir September selepas hampir setahun prtempuran rentas sempadan yang dimulakan Hizbullah bagi menyokong sekutunya, Hamas, berikutan serangan kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober 2023.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 27 November dan secara amnya masih bertahan, walaupun kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian tersebut.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, tentera Lubnan dan pasukan pengaman PBB akan dikerahkan di selatan Lubnan manakala tentera Israel berundur dalam tempoh 60 hari.

Hizbullah juga dijangka menarik balik pasukannya ke utara Sungai Litani, kira-kira 30 kilometer (km) dari sempadan, dan membongkar infrastruktur ketenteraannya di selatan Lubnan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat