Batu Puteh: Tun M cuma maklumkan bukan bincang dengan Kabinet – Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga bekas menteri era pentadbiran Pakatan Harapan 1.0 pada 2018 menyanggah kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkait isu Pulau Batu Puteh.

Dalam kenyataan bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke menegaskan, Jemaah Menteri ketika hanya dimaklumkan bukannya terlibat perbincangan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh.

“Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh kami selaku anggota Kabinet .

“Ingin kami tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Tun Dr Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan,” kata mereka bertiga dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, mereka memaklumkan selang dua hari kemudian, setelah keputusan dibuat, barulah Tun Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet.

“Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah “pemakluman” di bawah agenda “hal-hal lain” dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan.

“Oleh yang demikian, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia telah dibuat secara bertulis oleh Tun Dr Mahathir,” tegasnya lagi.

Justeru, sebagai negarawan, mereka berpandangan Tun Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat.

“Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat