Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara setelah melalui tempoh lapan hari perbahasan dan penggulungan selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara pada 29 Nov lepas.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan.

Rang undang-undang itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Nov lepas.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat