COVID-19: Kes Jangkitan Cecah 70 Juta, Kematian Hampir 1.6 Juta

- Advertisement -

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 70 juta.
Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 15.7 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9.8 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 6.7 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia dan Perancis manakala United Kingdom, Itali, Sepanyol, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland dan Iran catat lebih sejuta kes.

Peru, Turki, Ukraine, Afrika Selatan, Belgium, Indonesia, Belanda, Iraq, Chile dan Romania merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Sementara itu, angka kematian kini hampir 1.6 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 293,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis dan Iran – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat