ARAB SAUDI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selesai menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi sebentar tadi.
Perdana Menteri juga menitipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.
Turut mengiringi Perdana Menteri bagi mengerjakan ibadah umrah ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
“Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia diizinkan Allah melaksanakan ibadah umrah usai Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.
“Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin. Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman.” kata Perdana Menteri menerusi catatan Facebooknya.
Semalam, Perdana Menteri tiba di Riyadh untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.