PRN Melaka: Rauf Sasar BN Menang 19 Kerusi

- Advertisement -

ALOR GAJAH, 11 Nov — Barisan Nasional (BN) menyasarkan menguasai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini, bagi membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata jumlah berkenaan termasuk 13 kerusi yang di menangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita memenangi 21 kerusi pada PRU13 (yang) lepas. Faktor-faktor isu semasa, domestik dan isu peringkat persekutuan mempengaruhi masyarakat ketika itu dan beri kemenangan kepada pihak lawan. Tetapi walaupun dalam suasana tsunami kita masih bertahan dengan 13 kerusi yang kita menang pada PRU14.

Jadi kita akan bertahan dengan 13 kerusi ini sebaik mungkin dan menambah enam kerusi untuk menjamin kekuatan kita membentuk kerajaan negeri,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka kepada Bernama TV di sini hari ini.

Pada PRU14, BN menang 13 daripada 28 kerusi DUN yang ditandinginya berbanding 21 kerusi pada PRU13 dan bagi PRN ini, UMNO bertanding 20 kerusi, MCA (tujuh) dan MIC (satu).

Sejumlah 28 kerusi dipertandingkan pada PRN kali ini dan 15 kerusi diperlukan untuk penubuhan kerajaan negeri menerusi majoriti mudah.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov ini sebagai tarikh mengundi.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat