Nazri, Tajuddin bakal dilantik duta tanda balas budi? -laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Desas-desus kerajaan bakal menamakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin sebagai duta dilihat sebagai usaha “membalas budi” kepada dua pemimpin otai politik itu.

Memetik Malaysiakini, sumber UMNO memberitahu bahawa Nazri dan Tajuddin adalah antara dua watak utama yang membantu dan menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

“Pelantikan dua pemimpin ini lebih kepada membalas budi mereka. Nazri dan Tajuddin antara dua individu yang memain peranan mengangkat Ismail sebagai perdana menteri.

“Malah, dua pemimpin politik ini juga antara yang lantang mengkritik kepimpinan UMNO pada satu masa,” katanya sumber itu dipetik.

Kelmarin Tajuddin yang juga bekas pengerusi Prasarana dilaporkan bakal dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dalam tempoh terdekat.

Sumber yang dekat dengan pemimpin tertinggi UMNO itu mengesahkan mengenai pelantikan berkenaan dan berkata pengumuman rasmi akan dibuat oleh kerajaan.

Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak dijangka akan memulakan tugas sebagai duta besar awal tahun hadapan.

“Tunggu pengumuman rasmi,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Rengas Datuk Seri Nazri Aziz

Dalam pada itu dua orang lagi sumber turut memaklumkan iaitu pelantikan dua wakil rakyat berkenaan sebagai duta adalah untuk membalas budi.

“Rasanya ia bukan lagi rahsia, umum mengetahui bahawa dua pemimpin ini antara kuat mempertahankan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri.

“Kita tidak salahkan perdana menteri, sebab siapa saja mungkin akan ambil langkah sama saya kira,” kata sumber.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat