Pistol James Bond dilelong

- Advertisement -

Los Angeles: Sepucuk pistol yang digunakan mendiang Sean Connery dalam filem James Bond pertama, Dr No pada 1962 bakal dilelong pada harga sekitar RM620,000 hingga RM827,000 pada 3 Disember ini.

Pistol model Walther PPK yang digunakan sebagai prop dalam filem itu antara sebahagian barangan lelong pada acara Icons & Idols Trilogy: Hollywood anjuran Julien’s Auctions.

Dalam filem pengenalan James Bond itu, Connery menggunakan pistol berkenaan dan berjaya mengembangkan watak itu terus popular selama lebih enam dekad.

Pistol yang sudah dinyahaktif berkenaan menjadi prop ikonik dan nilainya dikenal pasti BAPTY. BAPTY juga adalah pemegang pistol itu selepas dilelong pada 2006.

Keputusan melelong pistol terbabit dibuat selepas Connery meninggal dunia pada 30 Oktober lalu pada usia 90 tahun.

Connery membintangi beberapa siri James Bond antaranya From Russia With Love, Goldfinger, Thunderball, You Only Live Twice, dan Diamonds Are Forever.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat