Hospital Tidak Dapat Tampung Pesakit COVID-19 Jika Rekod Empat Digit Setiap Hari

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman ‘Langkah Sheraton’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

PUTRAJAYA – Hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tidak dapat menampung jumlah pesakit COVID-19 jika kes harian berjumlah 1,755 setiap hari mengikut unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) (R0) 1.5 dalam tempoh 10 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan terus memperkasakan tindakan kesihatan awam bagi mengurangkan nilai kadar kebolehjangkitan itu kepada sekurang-kurangnya di bawah 1.0.

“Jika kita lihat sebelum ini negara mencatat empat digit kes COVID-19 iaitu pada 24 Okt (1,240 kes), 4 Nov (1,032 kes) dan 6 Nov iaitu 1,755 kes.

“Bagaimanapun, selepas (tempoh) itu kita mencatatkan kes kurang daripada yang kita jangkakan (dengan kes kembali kepada tiga digit) dan jika kes semakin berkurang kita akan berupaya melandaikan lengkuk COVID-19,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tindakan kesihatan awam itu adalah pendekatan paling penting selain kerjasama semua pihak bagi memutuskan penularan rantaian COVID-19 dalam negara.

Selain tindakan kesihatan awam, beliau berkata amalan semua langkah pencegahan juga adalah matlamat utama KKM dalam mengekang penularan wabak berkenaan.

“Kita perlu mencegahnya dan bukan mengawal ketika peringkat (virus) merebak,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung perlu dipertingkatkan bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Penularan jangkitan di Semenanjung dilihat membimbangkan kerana jumlah kes baharu contohnya di Lembah Klang serta Negeri Sembilan hari ini mencatatkan 427 kes melebihi kes di Sabah iaitu 259 kes.

“Tindakan proaktif perlu diambil untuk kekang COVID-19 dan semua pihak perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk kita kawal jangkitan rentas negeri dan rentas daerah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan saringan serta aktiviti kesihatan awam lain di lapangan bagi mengesan jangkitan COVID-19 di satu-satu kawasan.

“Untuk kekang jangkitan, kita telah laksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman ‘Langkah Sheraton’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...