JPS keluar notis risiko banjir kilat di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

JPS, dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Di Kedah, lokasi yang berisiko banjir kilat ialah di daerah Padang Terap membabitkan mukim Padang Temak selain daerah Sik iaitu mukim Jemari dan mukim Sok.

Di Selangor, pula melibatkan daerah Petaling (Pekan Hicom, mukim Damansara) manakala Klang di mukim Klang, mukim Kapar, Pekan Pandamaran, Pekan Kapar serta kawasan sekitarnya.

Di Sabah, membabitkan daerah Sandakan iaitu Kampung Jaya Bakti manakala di Sarawak melibatkan sebahagian kawasan Samarahan dan sebahagian kawasan Kuching serta kawasan sekitarnya.

Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko supaya berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat