Anwar di tangga ke-11 pemimpin Islam berpengaruh dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 500 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh dalam dunia, lapor portal Sinar.

Laporan itu berkata, Anwar menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaru The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.

Menerusi kategori Penghargaan Terhomat, Anwar berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan dalam senarai tersebut.

Menurut laporan itu lagi, individu dipilih berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Sementara itu, Ahli Cendekiawan Islam, Syed Muhammad Naquib Al-Attas turut berjaya menduduki tempat ke-25.

Beliau yang juga Ahli Falsafah turut disenaraikan antara ilmuan Islam yang paling berpengaruh di dunia.

Untuk rekod, pada tahun 2022, Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori yang sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat