Ubah Pendirian, Sedia Ambil Vaksin Selepas Dijangkiti Covid-19

- Advertisement -

MELAKA – Seorang lelaki yang mempertahankan pendirian enggan mengambil vaksin sebelum ini, berubah fikiran selepas dijangkiti COVID-19 dan kini dikuarantin dalam pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

Idris Jaffar, 57, disahkan dijangkiti COVID-19 sejak seminggu lalu walaupun mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat setiap kali berada di luar rumah terutama di tempat awam.

Lazimnya, beliau memakai pelitup muka, pelindung muka dan menjaga penjarakan fizikal kerana menyedari tidak mengambil vaksin tetapi diserang demam panas, selsema dan batuk bermula Ahad lalu.

“Saya ke klinik di Sungai Udang dan doktor menasihatkan saya menjalani saringan COVID-19. Selepas melakukannya, saya disahkan positif dijangkiti COVID-19.

“Isteri dan anak bongsu yang tinggal serumah turut positif. Anak kedua saya negatif manakala anak pertama tidak tinggal bersama.

“Saya terkejut kerana mereka sudah lengkap divaksin lebih sebulan lalu. Sekarang saya menjalani kuarantin di rumah dan dipantau KKM.

“Selepas pulih, saya sedia divaksin. Sebelum ini keluarga dan rakan menasihati supaya mengambil vaksin tetapi saya menolak,” katanya.

Beliau turut menyedari pergerakannya terbatas kerana tidak boleh berurusan di agensi awam, solat di masjid, makan di restoran atau merentas negeri.

Idris berkata, tindakan polis mengeluarkan kompaun kepada individu belum lengkap divaksin tetapi dikesan merentas negeri, adalah langkah wajar. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat