Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan semua penjaja tepi jalan di sekitar Jalan Pantai untuk menghentikan aktiviti jualan buat sementara waktu.
Melalui satu notis yang diedarkan, tindakan itu ekoran kewujudan kes yang melibatkan kluster baharu iaitu Jalan Pantai.
“Susulan kewujudan kes Covid-19 (kluster Jalan Pantai) di sekitar jalan ini. Semua penjaja tepi jalan dinasihatkan untuk menghentikan aktiviti penjajaan buat sementara waktu sehingga rantaian jangkitan dapat diputuskan.
“Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai ke kawasan ini,” memetik kenyataan notis yang dikeluarkan sebentar tadi.
Untuk rekod sehingga Jumaat lalu, Kementarian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah dicatatkan melibatkan Kluster Jalan Pantai.