Anwar jumpa Agong : “Tenang, tiada perhimpunan esok”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua anggota PKR diarah tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong esok, 13 Oktober.

“Esok, Selasa 13 Oktober 2020, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Semua anggota PKR adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Saifuddin, beliau juga memohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.

“PKR mengingatkan semua Ahli-ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik Covid-19 menular,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat