Rakyat Malaysia dalam kategori bahagia, Terengganu sangat bahagia – perangkaan

KUALA LUMPUR – Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024, yang mencatatkan skor keseluruhan 7.60, menempatkan rakyat Malaysia dalam kategori bahagia, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Penemuan ini menandakan pencapaian penting dalam penilaian kesejahteraan sosial negara, selari dengan aspirasi pembangunan yang inklusif, berpaksikan rakyat dan berteraskan bukti.

MHI 2024 dibangunkan berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang mengukur tahap kebahagiaan melalui empat dimensi utama iaitu fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Dengan 94 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen kebahagiaan, indeks ini berfungsi sebagai alat statistik sosial yang komprehensif dan berimpak tinggi dalam menilai kualiti hidup rakyat Malaysia.

DOSM berkata, buat pertama kalinya, laporan MHI diterbitkan secara terperinci di peringkat negeri dan daerah pentadbiran, membolehkan penilaian kebahagiaan dilakukan secara lebih bersasar dan berpandukan realiti lokaliti.

Sebanyak 16 laporan negeri telah dihasilkan, dengan Terengganu (8.64), Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01) berada pada tahap sangat bahagia.

Manakala, 36 daerah mencatatkan tahap sangat bahagia, dengan skor antara 8.02 hingga 9.83.

Kluang mencatatkan skor tertinggi (9.83), diikuti Raub (9.52) dan Mersing (9.50).

Skor kebahagiaan di kawasan bandar (7.61) dan luar bandar (7.56) menunjukkan keseimbangan kesejahteraan antara

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penerbitan MHI di peringkat mikro ini merupakan satu lonjakan dalam sistem statistik sosial negara, membolehkan penggubal dasar memahami realiti kehidupan rakyat secara lebih mendalam dan merangka intervensi yang lebih tepat.

Menurutnya, dapatan menunjukkan bahawa komponen keagamaan dan kerohanian (8.69) serta keluarga (8.64) merupakan penyumbang utama kepada kebahagiaan rakyat.

“Manakala, komponen kebudayaan (6.22) mencatatkan skor terendah, namun masih dalam kategori bahagia,” katanya lapor BH pada Jumaat.

Dari segi demografi, perempuan (7.62) mencatatkan skor lebih tinggi berbanding lelaki (7.57) dan kumpulan umur 15 jingga 19 tahun (7.79) merupakan paling bahagia.

MHI 2024 mempamerkan kebahagiaan berterusan rakyat Malaysia, memperlihatkan sikap optimis yang teguh, semangat kebersamaan yang kukuh serta daya tahan kolektif dalam mendepani cabaran global.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat