Korea Selatan berupaya bantu Malaysia modenkan aset pertahanan – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia kini dalam proses memodenkan aset-aset pertahanan justeru melihat Republik Korea Selatan sebagai sebuah negara yang berupaya membantu mencapai hasrat tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keyakinan Malaysia terhadap Korea Selatan ini bersandarkan kepada kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem tempur “unmanned” yang dicapai oleh Republik berkenaa.

“Pertemuan bilateral sempena Seoul Defense Dialogue (SDD) 2024 semalam diakhiri pertemuan dengan Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea, Kim Yong Hyun.

“Malaysia dan Republik Korea mempunyai hubungan yang cukup baik, termasuklah dalam konteks pertahanan. Hubungan ini telah diformalkan melalui MoU kerjasama pertahanan antara keduanya dan sentiasa dipertingkat dari masa ke masa.

“Malaysia yang kini dalam proses memodenkan aset-aset pertahanan melihat Republik Korea sebagai sebuah negara yang berupaya membantu kita mencapai hasrat tersebut.

“Lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem tempur “unmanned” yang dicapai oleh Republik ini,” kata Khaled dalam kenyataan media, semalam.

Pada kesempatan itu juga, Khaled turut kongsikan pendirian Malaysia dan ASEAN, serta komitmen negara untuk terus memastikan rantau Asia Tenggara kekal stabil dan berkecuali.

“Semoga kerjasama yang baik antara Malaysia dan Republik Korea ini dapat terus diperkukuh, seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat