Kolaborasi Rock Nusantara Radja & Ella live in KL November ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Buat julung kalinya, dua gabungan rock Malaysia-Indonesia akan mengadakan persembahan ‘Live in Concert : Radja & Special Appearance Ella bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Band rock bertaraf lagenda dari Indonesia, Radja, yang dianggotai Ian selalu vokalis, Moldy Kusnadi pemain gitar dan Seno Aji pemain dram, bersama ratu rock negara, Ella bakal disatukan dalam sebuah konsert pada 12 November 2023.

“Rindu rasanya untuk bertemu kembali dengan peminat-peminat di Malaysia setelah sekian lamanya, dan ini bukan kali pertama Radja datang ke Malaysia kerana sudah pun tiba seawal tahun 2004 dan 2005 lagi, dan setiap kali mengadakan persembahan selalunya berjaya,” kongsi Ian.

Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada jalinan keakraban di antara band dan juga peminat-peminat mereka di Malaysia.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,” jelas Moldy.

Bukan sahaja Radja, malah Ratu Rock Negara Ella juga bakal beraksi di pentas yang sama.

“Ini merupakan idea yang sudah lama diutarakan bahawa kami ingin berkolaborasi dengan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella dalam sebuah pentas, dan pihak penganjur konsert iaitu Orange Entertainment International berjaya merealisasikannya.

“Dua lagu hits Radja ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini disamping menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” kata Seno.

Sebelum ini, pihak penganjur Orange International Entertainment telah pun mengadakan konsert oleh kumpulan Ungu pada penghujung tahun lepas dengan jayanya dan menerima sambutan yang memberangsangkan.

“Kami bawakan anda band rock Indonesia termasyhur, Radja dalam sebuah konsert gilang-gemilang bersama Ratu Rock Ella buat tatapan peminat-peminat rock di Malaysia, kami menyahut baik permintaan Radja yang mahukan Ella untuk turut serta bersama-sama mereka di pentas yang sama.

“Saya berharap peminat rock Indonesia dan Malaysia akan terhibur dan jangan lupa membeli tiket konsert sebelum terlambat,” jelas Datuk Fazli, CEO Pengasas Orange Entertainment International.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus), RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta) boleh didapati di ticket2u.com.my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat