UMNO Johor Sasar Menang 16 Daripada 26 Kerusi Parlimen – Dr Adham

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – UMNO Johor menyasarkan kemenangan di 16 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sasaran itu adalah realistik berbanding sasaran 20 kerusi yang ditetapkan UMNO pusat.

Ahli Parlimen Tenggara itu menjelaskan, keyakinan untuk menang adalah berdasarkan hasil kajian yang dibuat biro penerangan termasuk veteran, cawangan, bahagian, pemuda, puteri dan wanita.

“Bagaimanapun, UMNO negeri ini akan berusaha mencapai sasaran 20 kerusi Parlimen itu. Kita ada 26 kerusi Parlimen, pada PRU14 kita menang lapan kerusi termasuk Parlimen Mersing (ahli Parlimen telah keluar parti), jadi sekarang tinggal tujuh.

“Lapan ini asasnya kalau boleh pergi ke 20 sasaran itu paling baik. Tapi jelas di sini kita lihat balik, kita perlu jujur dalam meletakkan sasaran. Maksimum pergi (boleh menang) 16 kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Penerangan (Media Sosial) anjuran Veteran UMNO Johor di Badan Perhubungan UMNO negeri Johor di sini pada Ahad.

Pada PRU14, BN Johor memenangi lapan kerusi membabitkan kerusi Parlimen Sembrong, Pontian, Mersing, Pengerang, Tenggara, Parit Sulong, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.

Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad kemudiannya melompat dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadikan ahli Parlimen BN berkurangan kepada tujuh kerusi Parlimen.

Jumlah itu kembali meningkat kepada lapan kerusi setelah Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada November 2019.

Dr Adham berkata, UMNO Johor perlu pertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU14 selain berharap pendirian UMNO Johor berkenaan dapatan kajian itu akan didengar supaya gerak kerja akan lebih tersusun dan kaedah kempen dapat dipelbagaikan.

Selain itu katanya, UMNO perlu menampilkan calon yang berpengalaman dan boleh menang di kerusi-kerusi yang ditandinginya.

“Tidak nafikan pemuda dan puteri berwibawa. Contohnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, tiga ketua bahagian telah diberi tempat untuk bertanding, dua menang dan satu tidak menang.

“Kita terbuka dengan kepimpinan muda dalam negeri Johor tetapi pengalaman sangat penting kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara di peringkat antarabangsa contohnya krisis makanan,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat