PM Doakan Kesihatan Najib, Arah KKM Beri Rawatan Yang Diperlukan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau telah dimaklumkan tahap kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan rawatan bersesuaian yang diperlukan.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan terbaik (yang) diperlukan beliau.

“Saya doakan beliau diberikan kesihatan (yang baik),” kata Perdana Menteri menerusi catatannya di Twitter hari ini.

Terdahulu, hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah, Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang berikutan ubat darah tinggi baru yang diambilnya menyebabkan kesan teruk ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Kata Sri Ram, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat