PAS tetap anggap Umno rakan kerjasama politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS amat yakin hanya dengan perpaduan di antara parti-parti Melayu-Islam sahaja akan dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya.

Seterusnya akan diterima baik oleh majoriti besar rakyat yang tidak mahu sejarah hitam lampau berulang kembali.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, justeru PAS kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah termasuk Umno sebagai Rakan Ta’awun terutama dalam membina negara yang baik dan diredhai Tuhan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari ini (semalam) memutuskan terus konsisten dan komited dengan agenda Penyatuan Ummah yang menjadi paksi utama kepada perpaduan nasional di antara orang Melayu-Islam, kaum Bumiputra dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Keadaan ini sekali gus akan menjadi formula utama ke arah kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Malah katanya PAS masih menganggap Umno sebagai rakan kerjasama politik dan ini adalah selaras dengan tuntutan Allah dalam Surat al-Maidah ayat 2 yang bermaksud “… Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan…”.

“Sehubungan itu, PAS akan terus bersikap terbuka serta sedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan bersama semua rakan-rakan Ta’awun dengan memfokuskan kepada titik-titik persamaan dan merapatkan sebarang jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat jelata.

“Ini adalah juga selaras dengan usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan disokong sebulat suara dalam Muktamar PAS Ke-68 di Alor Setar baru-baru ini,” jelas Takiyuddin.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli menegaskan, PAS juga tetap dengan penegasan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan tidak menerima konsep “Khemah Besar” tajaan mana-mana pihak sekalipun dalam menghadapi PRU-15 ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat