Liza Hanim tunggu 25 tahun

- Advertisement -

Shah Alam: Selepas hampir 25 tahun menanti untuk memegang trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM), Liza Hanim akhirnya berjaya meraih dua trofi pada penganjuran AIM ke-23, malam tadi.

Dua trofi itu adalah Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi lagu Bahagiakan Dia duet bersama Shila Amzah.

Liza berkata, kejayaan yang diraih ibarat mimpi dan bersyukur dapat memegang trofi yang diidamkan selama bergelar penyanyi.

“Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Dapat atau tidak saya tolak tepi kerana rezeki ini Allah sudah tentukan. Tambahan pula, saya buat persembahan, jadi lebih beri keutamaan untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

“Apabila kali ini meraih dua anugerah saya akui perasaan itu sangat berbeza. Selama 25 tahun saya tunggu nak pegang trofi ini dan ia adalah kejayaan kali pertama saya di AIM. Bagi saya, segala pengiktirafan akan datang apabila tiba waktunya. Alhamdulillah juri berasakan lagu ini layak diberi penganugerahan,” katanya.

Menurut Liza, dia juga tidak mampu menipu diri apabila pernah ‘mempersoalkan’ kenapa namanya tidak pernah melekat untuk sebarang trofi pada penganjuran itu sebelum ini.

“Tipulah kalau tidak ada persoalan yang bermain di fikiran, tapi saya reda dan anggap pencalonan untuk Top 5 juga sudah terbaik. Cuma apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu, saya rasa penantian selama ini terubat.

“Siapa yang kenal saya pasti tahu di usia yang masih muda saya pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu, kemudian beberapa kategori lain sampaikan pencalonan ini saya sekadar nak bergembira di AIM, tapi malam ini (semalam) saya bersyukur,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat