Ernie Zakri teringin menang trofi AIM sejak berusia 15 tahun lagi

- Advertisement -

Shah Alam: Ernie Zakri menyifatkan kejayaan memenangi tiga anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) adalah sesuatu yang cukup bermakna untuk dirinya.

Ernie diumumkan sebagai pemenang menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) berjudul Sinar Mata Hati, makalala dua kategori lain adalah duet bersama suaminya, Syamel menerusi lagu Goodbye Hello.

Kejayaan itu adalah menerusi kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik yang membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM50,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai insentif dan galakan kepada penggiat industri kreatif.

“AIM adalah anugerah yang ditunggu-tunggu setiap penyanyi, termasuk saya yang pernah berimpi sejak kecil setiap kali menonton acara ini. Saya juga ada bercakap dengan suami, dia pernah genggam trofi AIM sebelum ini tapi rezeki saya belum lagi.

“Bila dianjurkan kembali selepas beberapa tahun dan nama saya tercalon dengan rakan artis lain, sudah tentu rasa gembira sebab sekurang-kurangnya ia bagi semangat untuk kita kerja lebih keras. Sekarang ada sebab mengapa kita perlu buat yang terbaik. Kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna bagi saya pada tahun ini, Alhamdulillah,” katanya.

Menurut Ernie, dia juga bersyukur apabila hasil kerja seninya dinilai dan diangkat sebagai pemenang.

“Rasa bersyukur, juri yang menilai pun dalam kalangan mereka yang profesional dan saya gembira apabila hasil kerja diiktiraf serta dihargai. Sejak berusia 15 tahun lagi saya sudah berhasrat untuk genggam trofi AIM. Bagi saya, ia anugerah yang saya kena ada dalam kerjaya. Hari ini (semalam) Allah makbulkan. Banyak lagi perkara yang saya nak cakap dan buat yang lebih baik. Insya-Allah doa-doakan saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat