Pemuda UMNO Ajak Solidariti Pertahan Maruah Jalur Gemilang di Kepala Batas

POKOK SENA, – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad, dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulim, Mohd Khairul Azam Alis, menyeru anak muda di seluruh negara untuk hadir beramai-ramai ke perhimpunan solidariti di Kepala Batas, Pulau Pinang, sebagai tanda mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Menurut mereka, himpunan tersebut bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya simbol kebangkitan suara anak muda yang menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan meremehkan Jalur Gemilang.

“Kita tidak akan berdiam diri apabila bendera negara cuba diperkecilkan, diperlekehkan, atau diputar-belitkan fakta demi menutup kesalahan. Jalur Gemilang bukan hiasan atau barang dagangan, ia adalah jiwa dan darah perjuangan bangsa,” tegas mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kedua-dua pemimpin muda itu menegaskan, rakyat khususnya generasi muda tidak boleh memandang ringan isu patriotisme kerana ia melibatkan maruah negara.

“Cukup-cukuplah dengan alasan dan helah politik yang memandang enteng perkara ini. Jika hari ini kita diam, esok maruah negara akan terus diinjak,” ujar mereka.

Sehubungan itu, semua Pemuda UMNO, anak muda, dan rakyat yang cintakan tanah air diajak untuk hadir memberikan sokongan padu di Kepala Batas sebagai bukti bahawa generasi muda tidak membisu, sebaliknya berani mempertahankan kebenaran dan maruah negara.

Perhimpunan itu dijadual menjadi pentas kebangkitan solidariti nasional, membawa mesej jelas: Bangkit! Bersatu! Demi Jalur Gemilang!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat