STW Bantu Rakyat Pahang Miliki Lot Tanah Dan Bina Kediaman Serba Lengkap

- Advertisement -

LIPIS: Skim Tanah Warisan (STW) akan memberi peluang golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Pahang dapat memiliki lot tanah untuk membina kediaman yang serba lengkap.

Ianya telah dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada pembentangan Belanjawan Negeri 2022 lepas.

Cetusan idea dan aspirasi oleh Wan Rosdy ini adalah satu inisiatif kerajaan negeri Pahang bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah sendiri untuk dijadikan tempat kediaman mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.

Keistimewaan STW adalah peserta ditawarkan sebuah lot tanah bagi tujuan tapak rumah yang dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti kemudahan akses jalan raya, bekalan elektrik dan air serta tapak ameniti sosial seperti padang permainan, dewan orang ramai dan surau.

Untuk itu, Wan Rosdy akan melancarkan STW di Tapak Skim Tanah Warisan (STW) Jelai, Kampung Kuala Medang, pada 13 Ogos 2022, hari Sabtu.

Skim Tanah Warisan (STW) Kuala Medang, Lipis telah dipilih sebagai lokasi pertama bagi permulaan program ini diperkenalkan kepada rakyat Pahang dan seterusnya akan diperluaskan ke daerah-daerah lain.

Kerajaan Negeri mengharapkan agar Skim Tanah Warisan ini diterima baik kerana usaha  ini adalah untuk memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah sendiri untuk dijadikan tempat kediaman mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.-SUARATV

.

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat