KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menganggap penggubalan Akta Anti Lompar Parti sebagai satu undanng-undang yang sia-sia apabila yang tidak diguna pakai seperti seharusnya.
Adun Merlimau itu malah mengingatkan kerajaan agar sedia sekiranya rakyat akan membenci orang politik.
“Maka sia-sia lah Akta Anti Lompat Parti yang diminta oleh rakyat selama ini.
“Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.
“Jangan marah rakyat jika rakyat benci kepada orang politik.
“Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” bidas Dr Akmal.
Susulan peringatan ini, Timbalan Ketua Pemuda PH, Mohd Hasbie Muda meminta semua pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menghormati keputusan speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.
Hasbie berkata Johari mempunyai kuasa membuat keputusan mengekalkan kedudukan enam wakil rakyat terbabit.
Sebagai respons balas, Dr Akmal menegaskan, sebelum nak hormat keputusan Speaker,sebagai pemimpin apa yang lebih penting adalah hormat hak rakyat untuk menolak katak-katak politik dari terus menjahanamkam negara.
“Adakah ia terpakai kepada satu pihak?
“Jika lepas ini ada pihak lain yang nak menyatakan sokongan kepada yang lain adakah kita nak benarkan?
“Akhirnya yang untung katak politik,yang terus jahanam negara dan rakyat yang menanggungnya,” tegas beliau.