Anak Syarikat Pharmaniaga Dapat Kontrak Baharu KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) memperoleh kontrak baharu daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan perkhidmatan logistik bekalan perubatan selama tujuh tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak itu bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2030.

Kontrak baharu itu diberikan selepas kontrak sebelum itu yang bermula pada 1 Disember 2019 tamat.

Sementara KKM dan PLSB memuktamadkan syarat perjanjian perkhidmatan logistik bekalan perubatan baharu itu, PLSB akan terus menyokong dan memberikan perkhidmatannya kepada KKM berdasarkan terma penting yang dipersetujui, katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat