6,257 Wanita Jadi Mangsa Penipuan ‘Love Scam’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penipuan cinta atau ‘love scam’ antara penipuan tertinggi di negara ini yang mencatatkan kerugian keseluruhan lebih RM382 juta dengan 7,548 kes dicatatkan sejak tahun 2018 hingga bulan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kajian yang dilakukan jabatannya turut mendapati, sebanyak 82.8 peratus atau 6,257 mangsa penipuan adalah wanita.

Tambah beliau, baki selebihnya iaitu 1,297 kes adalah melibatkan mangsa lelaki.

“Mungkin sebenarnya lebih daripada itu, tetapi tidak dilaporkan,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Pelancaran ‘Trailer’ Filem Kesedaran Anti-Scam Oppa di KL City Wellness Gallery, di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut filem berkenaan, Ramli berkata, pelbagai usaha dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aktiviti pencegahan serta mesej ini sampai kepada masyarakat termasuk bekerjasama dengan syarikat penerbit filem dan menghasilkan filem anti-scam.

Katanya, menerusi filem itu diharap bakal memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan ancaman jenayah komersil terutama ‘love scam’.

“Pembikinan filem ‘Oppa’ adalah berlandaskan objektif bagi menyebarkan pengetahuan tentang modus operandi sindiket penipuan dalam talian dengan lebih berkesan kepada umum selain meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan dan membangkitkan semangat ‘anti scam’ dalam masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, selain pembikinan filem, pelbagai usaha dan aktiviti turut dilakukan bagi membanteras penularan kes-kes penipuan sebegini.

“JSJK melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah komersil melalui Kempen Anti-Scam PDRM. Program pencegahan ini dilakukan secara berterusan kerana jabatan ini yakin, melalui ilmu pengetahuan yang mencukupi.

“Antaranya, melaksanakan program sembang santai yang fokus kepada kumpulan-kumpulan kecil, wawancara televisyen dan radio, ceramah dan pameran di sekolah, rumah ibadat, universiti dan seumpamanya, program ‘meet and greet’ di tempat tumpuan masyarakat dan paparan mesej anti scam di papan-papan iklan utama seluruh negara,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat