Lebih 1,000 Keluarga Menerima Agihan Qurban Oleh Chatime Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Chatime Malaysia dengan kerjasama EzQurban telah menganjurkan Ibadah Qurban bersama dengan 300 sukarelawan di 3 lokasi terpilih, semalam.

Tiga lokasi terlibat ialah Masjid Jamek Sungai Plong, Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas membabitkan agihan qurban kepada lebih 1,000 keluarga serta bantuan kepada lebih 300 keluarga asnaf.

Bercakap bagi pihak Chatime Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan Aliza Ali berkata, pengaktifan dan program CSR di bawah inisiatif ChatimeCares mendorong pihaknya untuk terus konsisten dalam membuat perubahan positif di kalangan komuniti-komuniti yang amat memerlukan.

“Sebagai jenama global yang bertapak kukuh di Malaysia, kami mahu lakukan yang terbaik dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Widayu Latiff berkata, mereka cuba yang terbaik untuk membantu golongan yang memerlukan, namun mengakui semua itu tidak mampu dilakukan bersendirian.

“Kami amat menggalakkan badan-badan korporat dan komersial serta individu lain untuk turut serta menghulurkan bantuan melalui agihan Qurban hari ini sambil kita menempuhi fasa endemik yang amat mencabar,” ujarnya.

Pengagihan Qurban Chatime semalam telah dijalankan di Masjid Jamek Sungai Plong, manakala kelmarin pengagihan Qurban dijalankan di 2 lokasi berasingan iaitu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat