Anak sulung David Beckham, Brooklyn dah tunang

- Advertisement -

ANAK sulung pasangan David dan Victoria Beckham iaitu Brooklyn Beckham, 21, mengumumkan dia sudah bertunang dengan pelakon Amerika Syarikat (AS) dikenali Nicola Peltz, 25, hari ini.

Berita gembira itu dikongsinya di Instagram dan menyatakan sangat teruja untuk menjalani hidup bersama Nicola sebagai suami isteri.

“Dua minggu lalu, saya bertanya kepada cinta hati untuk mengahwininya dan dia berkata ya. Saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini.

“Saya berjanji untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik suatu hari nanti,” katanya.

Nicola turut berkongsi kegembiraan dilamar kekasihnya itu dan berkata sudah sedia menjadi suri hidup Brooklyn.

“Kamu jadikan saya wanita yang paling bertuah di dunia ini. Saya tak sabar mahu menghabiskan hidup bersama kamu di sisi,” katanya.

Nicola mencipta nama sebagai pelakon di Hollywood dan dikenali menerusi filem termasuk The Last Airbender and Transformers: Age of Extinction.

HM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat