Lokasi nahas tragis laluan Jeli-Gerik mula ditambah baik Julai ini, Menteri Kerja Raya sedih kenang nasib mangsa kemalangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lokasi kemalangan tragis di Seksyen 170.4 juga termasuk dalam program pemasangan lampu solar bagi menambah baik keselamatan selekoh berbahaya dan kerja akan bermula Julai ini dan dijangka siap Oktober 2025.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkongsi perasaan apabila turun ke lokasi kemalangan pelajar-pelajar UPSI di Gerik-Jeli dan melihat serpihan barangan mangsa yang masih ditinggalkan di situ.

“Sayu dan amat memilukan, hati saya sebagai seorang ayah kepada anak-anak yang juga masih belajar seperti pelajar-pelajar ini, turut terusik.

“Tidak tergambar kesedihan yang ditanggung oleh semua keluarga mangsa.

“Di awal pelantikan saya sebagai Menteri Kerja Raya, laluan Gerik-Jeli ini merupakan antara laluan pertama yang saya tekankan untuk dibaikpulih secara berperingkat,” katanya dalam catatan di Facebook pada Khamis.

Menurut Alexander, 6 bulan pertama sebagai Menteri KKR, beliau telah meluluskan peruntukan RM30 juta pada Jun 2023 untuk membina semula sebahagian laluan di FT004.

“Ini diikuti pula dengan tambahan peruntukan RM30 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, pada bulan Ogos tahun yang sama untuk menaiktaraf laluan ini.

“Meskipun jumlah ini tidak mencukupi untuk melaksanakan kerja pembaikan di seluruh laluan ini yang melebihi 200km panjangnya, namun KKR dan JKR berusaha sedaya upaya untuk mengagihkan peruntukan ini bagi membaik pulih beberapa bahagian laluan dan perabot jalan yang paling kritikal.

“Sedikit demi sedikit, penambahbaikan dibuat secara berperingkat mengikut peruntukan yang diterima daripada kerajaan,” jelas beliau.

Katanya, bagi tahun 2025, sebanyak RM55 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan di Lebuhraya Timur-Barat FT004.

“Penilaian Keadaan Turapan (PCA) menggunakan teknologi canggih telah selesai — laporan sedang disediakan bagi menjadi panduan penting untuk tindakan lanjut kerja-kerja pavemen.

“Kerja-kerja bukan pavemen seperti guardrail dan papan tanda sedang berjalan, kini mencapai 10% kemajuan dan dijangka siap Ogos 2025.

“Manakala program pavemen bernilai RM80 juta akan dimulakan selepas laporan PCA dimuktamadkan.

“Saya tekankan dengan tegas kepada semua pihak di KKR, JKR dan syarikat konsesi terlibat bahawa setiap sen peruntukan adalah amanah yang perlu dilunaskan sebaiknya demi keselamatan pengguna jalan raya, katanya sambil mengingatkan nyawa manusia, tiada duanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat