LTAT Berjaya Ambilalih Boustead Holdings, Kuasai 97.63 Peratus Kepentingan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berjaya mengambilalih Boustead Holdings Bhd (BHB) dengan penguasaan 97.63 peratus kepentingan pada tarikh tutup tawaran hari ini.

Dengan pegangan saham LTAT dalam BHB sebanyak itu membenarkan BHB untuk dinyahsenaraikan dan menggunakan peruntukan Pengambilalihan Wajib bagi baki saham, lantas menjadikannya anak syarikat milik penuh LTAT.

Selaras dengan itu, BHB akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities bagi mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi Bursa Securities, selaras dengan perenggan 16.07 Keperluan Penyenaraian.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman, berkata penswastaan BHB menandakan titik permulaan baharu dan melambangkan detik bersejarah bagi LTAT.

Katanya, tindakan korporat ini adalah batu asas kepada perjalanan transformasi LTAT yang amat penting untuk kejayaan pelan pengimbangan semula portfolio yang ditunjangi oleh Rangka Kerja Perumpukan Strategik (SAA).

“Dengan kejayaan ini, kami percaya bahawa nilai komersil BHB akan dibuka, dan menyerlahkan potensi sepenuhnya bagi meningkatkan Aset Di Bawah Pengurusan kami, yang akhirnya memberikan pulangan yang mampan kepada pencarum kami iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia.

“Tindakan kami seterusnya adalah untuk meningkatkan usaha penciptaan nilai dengan melaksanakan strategi penjajaran yang lebih baik di antara LTAT dengan semua peringkat di dalam kumpulan.

“Model milikan penuh ini membolehkan LTAT menggunakan budi bicara sepenuhnya dan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kesulitan yang dihadapi oleh konglomerat itu dengan lebih cepat. Kami berazam untuk melaraskan semula BHB sepertimana objektif pelaksanaan penswastaan ini,” katanya.

Nazim berkata, LTAT mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pemegang saham BHB, khususnya pemegang saham minoriti di atas penerimaan kepada tawaran pengambilalihan serta kepada penasihat, pengawal selia dan juga kerajaan atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan.

BHB, yang telah diseneraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1961, mempunyai sejarah yang panjang sejak hampir 200 tahun yang lalu.

Sejak penyenaraiannya, ia telah berkembang kepada sektor utama dalam ekonomi Malaysia termasuk perladangan, hartanah & perindustrian, farmaseutikal, industri berat serta perdagangan, kewangan & pelaburan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat