2 Mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia umum sertai Perikatan Nasional

- Advertisement -

SEREMBAN: Bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fariz Hadi Raihan Husni dan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) sempena Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang, Negeri Sembilan.

Fariz Hadi ialah bekas timbalan pengerusi akademi pemuda, dan Raihan Husni adalah bekas timbalan pengerusi sekretariat agamawan muda.

Perkara itu dikongsikan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

“Alhamdulillah, tahniah dua sahabat seperjuangan Fariz Hadi dan Raihan Husni yang juga mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia penggal 2018 lalu malam tadi mengumumkan menyertai PN mengikut jejak langkah mantan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali atau Bozz Jebat, malam tadi.

“Makin bertambah kuatlah PN dalam nak berdepan pilihan raya negeri (PRN) enam negeri ini.

“Dijangka ramai lagi yang akan bersama memastikan gelombang kebangkitan Melayu membadai PHBN (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, media juga melaporkan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof turut menyertai parti itu secara rasminya telah menjadi ahli PAS.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Seremban.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat