Tommy Thomas Juga Harus Melihat Cermin, Kata Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Tommy juga harus melihat cermin.” Demikian jawapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengulas kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mengkritiknya sebelum ini.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, Tommy perlu melihat kembali kepada sikapnya ketika menjadi Peguam Negara seperti yang dikarang dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness.

“Tommy Thomas harus juga melihat ke cermin dalam masanya beliau menjalankan tugas,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis peluncuran buku kombo merdeka 65 tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A. Samad Said di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Tommy dilapor mengkritik Anwar dan memintanya bermuhasabah serta meniliti kembali kenapa masih gagal menjadi Perdana Menteri.

Menjawab mengenai dakwaan gagal dalam untuk Perdana Menteri, Anwar mengatakan beliau seseorang yang berprinsip dan menghormati undang-undang.

“Saya sudah tentu jadi Perdana Menteri jika saya kompromi dengan prinsip saya dan katakan ya pada rasuah serta campur tangan dalam mahkhamah,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat