Sultan Johor Arah Siasatan Terhadap Sepanduk Anti Rohingya

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Sultan Johor hari ini mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan pejabat penghulu menjalankan siasatan terperinci sepanduk “anti-Rohingya” di Masai, yang dipasang di surau sebuah kampung.

Sultan Ibrahim juga mahu semua pihak berhenti menyebarkan khabar angin dan spekukasi, kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga lupa bahawa perkara yang ditulis kemungkinan adalah fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial sepanduk mengusir Rohingya dari memasuki Kampung Plentong Baru, yang dipasang pada di sebuah surau.

Sementara itu ketua Kg Plentong Baru, Mohamad Nor Ali sebelum ini berkata sepanduk itu bukan dipasang oleh Jawatankuasa surau terbabit.

Ketika dihubungi, Mohamad Nor berkata beliau mengambil maklum mengenai perkara itu dan penjelasan lanjut akan dikeluarkan oleh penghulu mukim Plentong.

Gambar tular itu dikongsi susulan keputusan Putrajaya bahawa hanya rakyat Malaysia yang dibenarkan menghadiri solat berjemaah dan Jumaat di masjid setelah peraturan pencegahan Covid-19 dilonggarkan mulai 10 Jun.

Pada fasa awal perintah kawalan pergerakan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata polis sedang menyiasat lonjakan sentimen negatif secara tiba-tiba yang ditujukan kepada masyarakat Rohingya di Malaysia.

Ismail pada 27 April lalu mengakui beliau hairan mengapa isu kedatangan Rohingya itu tiba-tiba dibangkitkan, sedangkan kedatangan mereka sebelum ini telah mendapat simpati dari Malaysia ekoran pelbagai musibah yang ditimpa mereka seperti dibakar hidup-hidup dan dibunuh dengan kejam.

Walaupun berita mutakhir melaporkan tindakan keras terhadap pendatang asing dan pelarian tanpa dokumen, ratusan orang Rohingya masih terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk sampai ke perairan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat