Nama Terkait Tuduhan Rasuah, Hamzah Lapor Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nama dipalit pertuduhan rasuah membuatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin membuat laporan polis.

Nama Hamzah dikaitkan dengan pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Sim Choo Thiam, kelmarin, disifatkan sebagai tindakan berniat jahat.

Setiausaha Sulit kepada Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata, bekas Menteri Dalam Negeri itu sama sekali tidak pernah terbabit dalam apa-apa suapan dengan individu dinamakan dalam pertuduhan terbabit.

Katanya, nama Ahli Parlimen Larut itu dimasukkan secara salah dalam pertuduhan berkenaan untuk memberikan gambaran beliau terkait dengan kesalahan dalam pertuduhan berkenaan.

“Justeru itu, satu laporan polis dibuat bagi membersihkan nama beliau daripada disalah guna.

“Pada masa sama, kami menggesa polis menyiasat konspirasi mana-mana pihak yang mencampuri urusan atau menekan SPRM untuk mengaibkan Setiausaha Agong Bersatu dalam pertuduhan di mahkamah,” katanya di Dang Wangi pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Ikhwan berkata, Hamzah sama sekali tidak tahu mengenai projek dimaksudkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikaitkan antara beliau dengan ahli perniagaan yang didakwa itu.

Katanya, terdapat sembilan agensi penguat kuasa di bawah KDN dan Setiausaha Agung Bersatu berkenaan tidak tahu projek yang dikaitkan.

“Ingin dijelaskan bahawa Hamzah sama sekali tidak mengenali dan bertemu Hep Kim Hong yang memberi suapan kepada ahli perniagaan yang dituduh.

“Sebagai seorang ahli politik dan menteri, walaupun beliau mengenali Sim Choo Thiam, Hamzah tidak pernah membabitkan mereka dalam apa jua urusan rasmi kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, lebih banyak laporan polis berhubung kes ini akan dibuat di seluruh negara.

“Kami akan memulakan laporan polis di sini dan meneruskannya di seluruh negara.

“Saya dan anak buah Armada sudah memfailkan ratusan laporan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta bagi mendapatkan projek daripada agensi milik Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tertuduh, Datuk Seri Sim Choo Thiam, 54 didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagi pertuduhan pertama, Choo Thiam dikatakan meminta RM15 juta daripada Hep Kim Hong pada Jun 2021 di Jalan Dutamas 1 sebagai dorongan kepada Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri (ketika itu) untuk membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat