Masyarakat diseru amal gaya hidup sihat – Mohd Naim

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dalam kesibukan dengan tugasan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar masih sempat meluangkan masa untuk beriadah bermain badminton yang merupakan aktiviti sukan yang diminatinya.

Walaupun waktu riadahnya agak terbatas kerana tugasan yang disandang, namun beliau cuba meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti senaman.

“Selain badminton, saya juga gemar main bolasepak, futsal, tenis, ping pong dan hoki tapi sukan yang lain itu semuanya berat-berat.

“Jadi sekarang saya banyak luangkan masa bermain ping pong dan badminton bila ada waktu terluang. Faham-faham sajalah sejak jadi menteri ini, diri saya umpama milik masyarakat,” katanya menerusi klip video yang dikuatnaik di laman Facebook.

Terdahulu Mohd Naim meluangkan masa bermain badminton bersama kakitangannya di Putrajaya semalam.

Beliau selanjutnya turut mengesa masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia merupakan sebahagian tuntutan Islam.

“Tak kira (sama ada) sebagai ketua hakim, perdana menteri atau menteri, seseorang itu memang digalakkan untuk bersukan sebagai salah satu cara untuk menyihatkan tubuh badan.

“Nabi Muhammad SAW pun ada kata, akal yang baik itu ada pada tubuh badan yang baik. Dalam kontek ini, Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap, memang menggalakkan umatnya sentiasa bersukan dan beriadah,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan bekas ketua hakim Mahkamah Syariah turut menjelas, mereka yang mengamalkan aktiviti bersukan akan meningkatkan produktiviti organisasi sekaligus memberi impak yang positif untuk negara.

“Bila bersukan, peluh akan keluar. Insyaallah ia akan zahirkan lagi akal yang lebih sihat.

“Bila kita sihat, kita akan keluarkan produktiviti yang baik dan organisasi yang kita pimpin serta seluruh warga kerja akan tekun bekerja.

“Insyaallah ia akan lahirkan sebuah organisasi yang sangat baik dan seterusnya akan melahirkan negara yang amat baik,” katanya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat