Mahkamah Agung Pakistan Isytihar Penahanan Imran Khan Tidak Sah

- Advertisement -

ISLAMABAD – Mahkamah Agung Pakistan hari ini mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri Imran Khan, awal minggu lalu sebagai tidak sah selepas ia mencetuskan pergolakan awam di seluruh negara.

“Penangkapan anda tidak sah jadi keseluruhan proses perlu diundur,” hakim tertinggi Pakistan, Umar Ata Bandial memberitahu Khan yang ditahan sejak Selasa.

Imran ditahan badan pencegahan rasuah ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Islamabad.

Pada Rabu, mahkamah membenarkan Biro Akauntabiliti Nasional (NAB), agensi antirasuah menahan Imran selama lapan hari, manakala di mahkamah lain beliau didakwa menjual hadiah negara secara tidak sah ketika menjadi perdana menteri antara 2018 dan 2022.

Imran menerima layanan buruk sejak penahanannya pada Selasa, menurut seorang daripada peguam beliau selepas bekas perdana menteri itu hadir di mahkamah sementara di kemudahan polis di Islamabad pada Rabu.

Susulan protes di seluruh negara, pasukan keselamatan mengawal jalan di seluruh Pakistan dan menahan penyokong Khan.

Ribuan penyokong parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) mengamuk di jalanan selama dua hari, malah turut membakar bangunan dan menyekat laluan.

Sekurang-kurangnya sembilan orang meninggal dunia sejak Selasa, menurut polis dan hospital manakala, ratusan anggota keselamatan cedera dalam protes itu.

Polis memberitahu lebih 2,000 orang ditahan kebanyakannya di Punjab dan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, manakala sekurang-kurangnya lapan wakil pimpinan PTI pusat dituduh mendalangi protes turut ditahan. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat