PM Hargai Pengorbanan Jururawat

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan sepenuh penghargaannya kepada barisan jururawat.

Sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2022, Ismail Sabri berkata, besar pengorbanan dan jasa para jururawat kepada Keluarga Malaysia.

“Segalanya menjadi taruhan, bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini.

“Jasa anda amat besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19,” ucap beliau.

Perdana Menteri berkata, jururawat juga adalah barisan hadapan yang amat saya sanjungi.

“Terima kasih dan Selamat Hari Jururawat Sedunia, 2022,” kata Ismail Sabri.