PM rakam takziah kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin utama gerakan Hamas Ismail Haniyeh untuk merakamkan takzuah atas berita kematian tiga orang anaknya dan empat orang cucu yang terkorban dalam serangan udara rejim ganas Zionis semalam.

Dalam perbualan telefon itu, Anwar menyatakan seluruh rakyat Malasyia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada keluarga Ismail dan seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.

“Saya telah menghubungi sahabat saya dan juga pemimpin utama gerakan Hamas Ismail Haniyeh petang tadi bagi menyampaikan takziah atas berita yang begitu mendukacitakan tatkala tiga orang anaknya yakni Hazem, Amir and Mohammad termasuk empat orang cucu yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim ganas Zionis semalam.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.

“Kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh mana-mana manusia,” katanya menerusi kenyataan Facebook.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin.

Katanya lagi, serangan jijik rejim Zionis ini membuktikan mereka tidak punyai keinginan melakukan gencatan senjata seperti yang telah dituntut Majlis Keselamatan PBB tempoh hari dan tidak tunduk dan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa.

“Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah.

“Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman ini dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau,” kata beliau.

Terdahulu, Ketua Hamas, Ismail Haniyeh kehilangan tiga orang anak lelaki dan beberapa orang cucu dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, lapor media antarabangsa.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat