Boss Karangkraf Ditolak Pengawal Peribadi Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkongsi pengalaman ditolak kasar oleh pengawal peribadi seorang menteri.

Menurut Hussamuddin pengalaman dikasari pengawal peribadi menteri itu adalah ujian terbesar buat beliau pada Ramadan kali ini.

“Ujian terbesar saya Ramadan kali ini adalah bila saya ditolak dengan kasar oleh seorang ‘bodyguard’ menteri yang datang ke event (acara) di Karangkraf (Shah Alam).

“Saya adalah hos utamanya. Saya dah hoskan ramai Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar dan Menteri di Karangkraf tak pernah jumpa bodyguard yang ‘overzealous’ (keterlaluan) begini,” ciap beliau di Twitter pada Rabu.

Untuk rekod, Karangkraf setakat ini sudah menganjurkan tiga sesi Townhall Rakyat bersama Menteri iaitu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Penganjuran Town Hall Rakyat ini adalah platform terbaik menteri untuk bersemuka bersama rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat