Utamakan Kestabilan UMNO, Hentikan Usaha Laga Pemimpin Parti Sendiri – Hishammuddin

- Advertisement -

KLUANG – Usaha melaga-lagakan pemimpin UMNO dan mewujudkan kem tertentu dalam parti itu perlu dihentikan.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata tindakan itu penting bagi mengukuhkan parti selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru baru ini.

Menteri Luar itu juga berkata, gesaan itu hadir ketika kemelut rakaman audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Sambil memberi contoh situasi yang pernah dialaminya pada tiga tahun lalu, apabila didakwa cuba melompat parti, beliau bimbang bukan ahli UMNO yang akan terasa bahangnya tetapi rakyat sendiri akan memandang serong terhadap parti UMNO itu sendiri.

“UMNO 3.0 itu apa, tak habis habis saya minta semua pihak cukup cukuplah berhenti, kita banyak lagi agenda kita.

“Saya sudah nyatakan hari itu yang paling penting adalah kestabilan parti kita sendiri.

“Kalau selepas Perhimpunan Agung UMNO pun kita masih lagi memikirkan perkara perkara yang boleh memecahbelahkan menimbulkan keraguan terhadap solidariti parti,” katanya ditemui pada Program Malaysia Prihatin Parlimen Sembrong di Dewan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) di Paloh, di sini hari ini.

Mengenai isu rakaman audio berkenaan, Hishammuddin berkata, pihaknya, menyerahkan urusan berkenaan kepada pihak polis.

“Datuk Seri Zahid sudah pun menafikan dan telah mengatakan rakaman itu adalah palsu dan IGP sendiri telah buat kenyataan sekiranya satu laporan polis dibuat siasatan boleh dijalankan.

“Bagi saya yang penting adalah pendirian parti dan kalau kita tengok balik pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini jelas mengenai apa sebenarnya UMNO mahukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, MKT akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan isu utama termasuk pemilihan parti dan peletakan jawatan menteri UMNO dalam kerajaan.

“Bagi saya mudah, saya setia kepada parti sekiranya MKT kata perlu letak jawatan sebagai menteri, saya letak jawatan, tetapi yang akan menentukan sama ada saya letak jawatan ialah MKT bukan individu tertentu dalam parti,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat