Tom Yam Dan Soto Ayam Diiktiraf Sebagai Sup Terbaik Di Dunia

- Advertisement -

Soto Ayam dari Indonesia dan Tom Yam Goong dari Thailand telah diiktiraf sebagai antara sup terbaik dunia dari media CNN. Kedua hidangan itu berjaya memasuki senarai 20 sup terbaik di dunia.

Soto Ayam yang diperbuat daripada pelbagai jenis rempah seperti kunyit segar, kayu manis, serai dan daun jeruk berjaya menduduki tempat ke-17 sebagai sup terbaik di dunia.

R00067_Tom-Yum-Goong

ASIAN INSPIRATION

Tidak hanya di Indonesia, sup ini juga diminati di Singapura, Malaysia, dan Suriname – yang terletak jauh di Amerika Selatan – di mana resipi ini tiba bersama dengan pendatang dari Jawa.

Manakala Tom Yam Goong pula yang berasal dari Thailand menduduki tempat ke-18 sebagai sup terbaik di dunia versi CNN. Tom Yam goong adalah salah satu daripada banyak jenis tom yam di Thailand yang menjadi kegemaran orang ramai.

f19e049f3857ea8e6a14b8dfa4da23a2

PINTEREST

Hidangan manis, masam, pedas dan masin ini sangat popular di sekitar Thailand, Singapura dan Malaysia. Bahan aromatiknya meliputi lengkuas, serai dan daun limau purut sambil dihidangkan bersama cili merah untuk menambah kepedasan.

Untuk lima teratas sup terbaik di dunia versi CNN, sup Banga yang berasal dari Nigeria berada di tangga pertama, Beef Pho dari Vietnam di tangga kedua, sup Borscht dari Ukraine menduduki tangga ketiga, Bouillabaisse dari Perancis di tangga keempat dan di tempat kelima diduduki oleh sup Caldo verde dari Portugal.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat