1,317 Kes Baru Covid-19, Empat Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Genap dua minggu berturut-turut, Malaysia merekodkan kes positif COVID-19 empat angka selepas 1,317 lagi jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 362,173 melibatkan 1,305 penularan tempatan dan selebihnya kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada kesemua jangkitan baharu itu, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 351 diikuti Selangor (303 kes), Kuala Lumpur (116 kes) dan Sabah (105 kes).

Perkembangan yang dilaporkan hari ini juga menjadikan 14 hari berturut-turut Malaysia merekdokan kes empat angka sejak 29 Mac lalu.

Sementara itu, 1,052 kes sembuh baharu dilaporkan manakala jumlah kes aktif dalam negara kini bertambah kepada 15,835.

Tambah KKM lagi, 188 pesakit pula berada di dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, KKM juga merekodkan empat korban akibat wabak itu sekali gus menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 kepada 1,333. – Awani

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...