COVID-19: Nilai R-Naught Meningkat Kepada 1.06, Terengganu Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 1.06, setakat Ahad.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, Sabtu lalu

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi adalah Terengganu dengan 1.56.

Manakala negeri lain yang melebihi angka 1.0 adalah Putrajaya (1.34), Sabah (1.21), Kelantan (1.15), Sarawak (1.08), Perak (1.07), Kedah (1.06),

Perak dan Kuala Lumpur masing-masing dengan (1.05) dan Selangor dengan (1.02).

Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes COVID-19

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan negara bakal mencapai kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught COVID-19 kurang 1.0 menjelang Mei depan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat