Clash Of The Titan : Cromok Vs A.C.A.B memberikan persembahan menakjubkan.

- Advertisement -

Dua gergasi Underground yang berbeza genre berjaya disatukan diatas pentas menerusi konsert yang diberi nama Konsert Clash of the Titan : Cromok Vs A.C.A.B, Cromok Metal Trash dan A.C.A.B pula adalah OI! berjaya memberikan satu persembahan yang cukup bertenaga dan luar biasa.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu berjaya mengumpulkan seramai 3,000 peminat kedua dua genre untuk hadir bersoran dan mengamtkan seluruh pelusuk Zepp. Peminat OI! Dan Metel Trash bersatu dan memberikan sorakan buat kedua dua band legend tersebut.

Cromok sebagai pembuka persembahan dengan intro Ulek Mayang yang menjadi ‘anthem’ kepada jenama Cromok. Fan Cromok umpama menyimpan dendam yang terpendam terus memberikan sokongan padu kepada setiap susun atur lagu yang dipersembahkan. Bertenaga dan aksi peminat memberikan suntikan semangat buat Cromok untuk memberikan persembahan yang bertenaga dan luar biasa.

Cromok baru sahaja meraikan ualang tahun ke 30 album Forever In Time di lokasi yang sama pada tahun lepas tetapi itu bukan lah alas an menidakkan kehadiran peminat tegar kumpulan yang membawa acuan Metal Melayu atau lebih tepat sebagai nuansa thrashdisional.

Cromok dibarisi oleh Karl yang menggalas tugas sebagai gitaris, Apiz –drums, Shah – gitaris dan Sam yang ‘mengidupkan’ Cromok di posisi bass dan vokalis pastinya menjadi medan tumpuan peminat Cromok yang mempunyai suara seolah `telan Kaset’.

Cromok ‘menghadiahkan’ deretan lagu-lagu popular mereka seperti Unicorn, Little One, Misty, Prophecy, Another You, Memories, The Other dan I Don’t Belong Here.

“Saya meminta kepada anda untuk menghadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham Tarmizi Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Miji yang telah meninggalkan kita semua pada hari rabu yang lalu”, pinta Sam sebelum lagu Another You dipersembahkan.

Suasana bening menyelimuti seluruh atmosfera Zepp Kuala Lumpur, pastinya gambaran saat-saat kegemilangan Cromok bersama Allahyarham Miji kembali didalam nostalgia minda.  Tidak terhenti disitu, jiwa-jiwa kental itu turut menitiskan airmata apabila ianya bercampur dengan untaian melodi Another You yang dimainkan secara akustik.

Seterusnya tiba giliran A.C.A.B menguasai pentas, dengan dibarisi Max Mohammad (vokalis/gitaris), Edy J (gitar), Zul (Dram) dan Andy Flop Poppy yang menggalas tugas sebagai bassis untuk konsert ‘Clash Of The Titans’.  Andy yang mengisi tugas ‘Anas’ sebelum ini ternyata cukup bergaya dan ‘versatile’ meskipun bermain dalam jalur Oi.

Intro Inilah Barisan Kita (Skintro) sudah pasti memberikan energi luar biasa di kalangan pencinta muzik Oi, street punk kepada band ACAB.  Pentas mahupun crowd yang berada di venue mula diserapkan ‘idealogi’ ACAB yang mula mengharuskan situasi dengan lagu We’re ACAB.

Skinhead For Life, Where Have All The Bootboys Gone, Unfairground, ACAB dan sebuah lagu yang jarang sekali mereka bawakan secara live iaitu On Saturday menghangatkan lagi konsert pada malam tersebut.  Inilah lagenda skinhead yang bijak memanipulasi konsep underground ke pentas mainstream.  Meskipun begitu, nama ACAB tetap utuh di dada setiap penggemar muzik oi.

“ Terima kasih buat semua yang hadir ‘support’ konsert kali ini, tak sangka cukup meriah..cukup ramai.  Terima kasih juga buat peminat Cromok yang masih lagi setia di depan stage untuk sama-sama ‘support’ ACAB”, ujar Max Mohammad.

Malapetaka, Unite & Fight, Streets Of Uptown, Racial Hatred II dan We Are The Youth terus menjadi sandaran ACAB pada malam itu.  Peminat juga tidak segan silu bernyanyi bersama, inilah keharmonian vokal yang mendambakan jiwa-jiwa ‘amarah’ di terjemahkan dengan cara yang cukup santai meskipun lirikal sarat dengan elemen rebel.

Kedua- dua kumpulan telah memberikan persembahan yang cukup luar biasa, kini tiba masanya saat yang dinanti nantikan oleh semua peminat Cromok dan ACAB untuk menyaksikan puncak konsert “Clash Of The Titans”, dimana Kolaborasi harmoni kedua dua kumpulan beraksi bersama.

Ulek Mayang, Journey, Freedom & Justice dan Bergandingan Tangan telah menjadi ‘favorite’ buat kedua dua peminat yang boleh di klasifikasikan cukup menarik apatah lagi ianya turut menampilkan sisi berbeza kedua-dua kumpulan terbabit.

Umum sendiri telah mengetahui bahawa penyatuan pelbagai elemen muzik bawah tanah telah pun berlaku sewaktu scene muzik tersebut berkembang pesat di Malaysia satu ketika dahulu.  Namun dek kerana ketabsuban  terhadap muzik yang diminati maka ‘perpecahan’ kelompok tersebut berlaku.

Yang pasti pada malam tersebut kedua dua peminat tidak kira genre apa sekali pun berpuas hati dan bersatu berhibur dengan keseluruhan persembahan dihadapan mereka. ‘Clash Of The Titans’ kini adalah sebuah jenama yang harus dipertahankan, ianya sudah menjadi penanda aras ACAB Production untuk terus mara ke fasa seterusnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat